Saturday, January 15, 2011

Hipertiroidisme



Berkenaan Hipertiroidisme


(Sumber maklumat dipetik dari buku THYROID - “examination booklet” dari Perkhidmatan Endokrinologi Kementerian kesihatan Malaysia .. buku ini saya dapat masa buat rawatan di Hospital Kota Bharu.)


Apakah hipertiroidisme?
Hipertiroidisme adalah keadaan berlebihan hormon tiroid dalam badan, ini paling kerap disebabkan penyakit “Graves’ disease” yang mana system pertahanan badan mengeluarkan antibodi yang merangsangkan kelenjar tiroid untuk mengeluarkan berlebihan hormone tiroid. Dikalangan pesakit yang mengalami “Graves’ disease”, dianggarkan seramai 30% yang turut mengalami masalah mata bonjol atau dinamakan “exopthalmos”.

Bagaimanakah rawatan hipertiroidisme?Doktor anda mungkin member ubat-ubatan antitiroid seperti Carbimazole dan Proplythiouracil (PTU) untuk menyekat pengeluaran hormone tiroid yang berlebihan. Satu kesan sampingan luar biasa ubatan ini adalah kekurangan sel darah putih yang diperlukan untuk mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Oleh itu, jika mengalami demam dan sakit kerongkong setelah dimulakan dengan ubatan antitiroid, anda patut hubungi doctor anda untuk pemeriksaan fizikal dan ujian darah. Ubatan Propranolol sering digunakan di permulaan rawatan untuk mengurangkan kadar denyutan jantung dan getaran.

Pilihan rawatan yang lain adalah radioaktif iodine (RAI) yang boleh memusnahkan sel-sel kelenjar tiroid. Risiko utama rawatan ini ialah kemungkinan berlebihan sel-sel tiroid terhapus dan menyebabkan kegagalan pengeluaran hormone tiroid yang mencukupi dan hipotiroidisme terjadi.
Pilihan rawatan terakhir ialah pembedahan dimana sebahagian atau keseluruhan kelenjar tiroid dikeluarkan. Pembedahan ini dikaitkan dengan risiko seperti kecederaan saraf dan kekurangan pengeluaran hormone tiroid. Selepas rawatan radioaktif iodine dan pembedahan, kerapkali rawatan ubat/pil hormone tiroid perlu diambil untuk mengawal keadaan hipotiroidisme dan mengekalkan paras hormone tiroid dalam tahap normal.

Tanda-tanda dan gejala hipertiroidisme
• Kadar denyutan jantung laju
• Kurang tahan cuaca panas
• Penyusutan berat badan
• Keguguran
• Perasaan cemas dan cepat marah
• Masalah susah t idur
• Kelemahan otot dan getar tangan
• Cirit birit
• Pendarahan haid yang kurang
Rawatan untuk Hipertiroidisme
• Propylthiourasil (PTH)
• Carbimazole
• Propanolol


Berkenaan Hipotiroidisme?


Apakah hipotiroidisme?
Hipotiroidisme adalah keadaan kekurangan hormone tiroid dalam badan. Ini selalunya berlaku disebabkan kegagalan fungsi kelenjar tiroid (primary hypothyroidism). Kadangkala hipotiroidisme berpunca dari kegagalan fungsi kelenjar pituitary (secondary or central hypothyroidism) yang mengeluarkan isyarat kepada kelenjar tiroid untuk membentuk dan mengeluarkan hormone tiroid.


Penyakit autoimun jenis “ Hashimoto ‘s thyroiditis” adalah punca utama hipotiroidisme yang mana system pertahanan badan mengeluarkan antibody terhadap kelenjar tiroid. Pembedahan tiroid serta rawatan radioiodine bole menyebabkan hipotiroidisme. Kekurangan iodine juga boleh menyebabkan hiportiroidisme.

Bagaimanakah rawatan hiportiroidisme?Jika anda telah dikesan menghidapi hipotiroidisme, doctor anda akan memberi rawatan hormone tiroid sintetik dalam bentuk pil atau ubat biji iaitu Levothyroxine sodium. Ubat ini perlu diambil seumur hidup untuk mengekalkan paras hormone tiroid anda dalam tahap normal.

Doktor anda akan memantau paras hormone tiroid anda dengan ujian pemeriksaan darah sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memastikan dos yang diberi adalah sesuai. Pil hormone tiroid mudah diambil dan tidak menyebabkan kesan sampingan jika diambil mengikut arahan.

Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan dan bahan makanan yang boleh menjejaskan penyerapan hormone tiroid seperti ubat antiasid, kalsium karbonat, ferrous sulfat, soy, serat, “bile acid sequestrant”, sucralfate dan “phosphate blinders”. Pil hormone tiroid patut diambil sekurang-kurangnya 30 minit sebelum sarapan pagi dengan minum air dan perlu mengelakkan pengambilan ubat-ubatan yang berkenaan setelah 4 jam selepas pengambilan pil hormone tiroid.

Tanda-tanda dan gejala hipotiroidisme
• Kurang tahan keadaan sejuk
• Kelemahan otot-otot
• Sembelit
• Pendarahan haid yang berlebihan
• Kurang subur (infertility)
• Kenaikan berat badan
• Perubahan mood
• Kekeringan kulit, rambut dan kuku

Rawatan untuk Hiportiroidisme
• Levothyroxine sodium
• Keseluruhan dos levothyroxine hendaklah diambil di waktu pagi (sekurang-kurangnya setengah jam sebelum sarapan pagi dengan segelas air)


Pengawalan Gaya HidupTiada perubahan gaya hidup yang dapat mempengaruhi hipotiroidisme kecuali dalam keadaan yang mana hipotiroidisme disebabkan kekurangan iodine dalam pemakanan
Untuk penyakit tiroid, senaman dan aktiviti fizikal adalah penting untuk mengekalkan segala aspek kesihatan. Ramai pesakit hipotiroid mengalami kekurangan tnaga untuk bersenam dan mereka digalakkan untuk melakukan senaman secara berperingkat dengan pembahagian waktu senaman kepada beberapa sesi yang pendek.

6 comments:

  1. Salam.Blh tambah info sikit ?
    Hyperthyroid menyebabkan Grave's Disease tp sangat sukar dikesan dikalangan pesakit hyperthyroid. xda rawatan khusus utk pengidap grave 's disease. Biasanya apabila psakit smbuh dri hyperthyroid, Grave's dx pun ikut hilang.

    Rawatan yg biasa dilakukan keattas pesakit ialah :
    i) Melalui pengambilan ubatan
    ii) IOdine radioactive treatment
    iii) Surgery

    ReplyDelete
  2. Aayien Renn : terima kasih dik, coz sudi bkongsi info... akak alu2kan kepada teman2 yg ingin bkongsi info... agar dapat mbantu rakan2 diluar sana yang mencari maklumat tentang penyakit tairot ini... bagi mengurangkan keresahan yg bermain diminda..

    ReplyDelete
  3. Salam..along dan aayien dah msuk ke grup FB Tairod Dan Anda? Di situ ramai jgak ahli yg terdiri dr sakit tiroid n mcm2 info bleh dikongsi n didapati di situ..saya sendiri pengidap, penah amek RAI dulu..skrg cuma amalkan supplements..

    ReplyDelete
  4. wsalam... along dah join group FB Tairot... :)

    ReplyDelete
  5. salam...saya slh sorg hamba Allah yg tpilih di duniawi nie yg mgalami hipotiroidisme with eye disease...hnya Allah yg tahu bgmana rsanya btmu dgn ssiapa yg melihat keadaan sya dgn mata yg mnonjol sblh kanan(diplopia)...sya tlh mgmbil RAi 6bln yg lepas..6bln ptama segalanya back to normal..tp 3minggu keblkgan ini,....sgalanya kmbali teruk spt dulu..

    ReplyDelete
  6. asalamualaikum , boleh saya mntk no owner blogger ni ? banyak pertanyaan saya nak ajukan tntng hipertiroid ni . saya juga mghidap hipertiroid yng sama .

    ReplyDelete