Sunday, January 23, 2011

Kerna Dia Ibuku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Selepas siap masukkan entri pengalaman minum radioaktif iodine.. tiba-tiba rasa sayu menjenguk pintu hati bila terpandang Ma yg tengah membakar sampah di luar umah.. kenape tiba-tiba rasa sayu? Sepanjang aku kene “perintah berkurung” .. Ma telah ambik alih bab masak nasi dan lauk.. untuk pengetahuan teman-teman.. sudah 4 tahun Ma tak masak nasi.. sehinggakan dia tanya sukatan air untuk masak nasi.. sebelum nih semua tugasan di umah aku yang buatkan.. aku tak bagi dia buat kerje.. sebab waktu pagi dia dah keluar kejap pergi berniaga di pasar.. selepas balik dari pasar aku suruh dia banyak berehat …

Aku bukan ingin membuka pekung didada.. jauh sekali bercerita tentang keburukkan atau kelemahan diri… aku hanya ingin berkongsi dengan teman-teman di luar sana, yang mungkin melalui pengalaman seperti aku.. yang tak tahu apa harus dilakukan… mungkin setelah aku ceritakan pengalamanku ini, teman-teman akan mendapat sedikit info bagaimana untuk menguruskan orang yang kita sayangi yang mengidap penyakit tekanan perasaan (mental)…

Ma ialah panggilan pada emakku… sejak aku kecil lagi Ma mengidap penyakit tekanan perasaan (mental).. masa aku kecil orang selalu cakap mak aku gila.. sedih sangat bila ada orang cakap macam tu.. .. tapi aku tetap anak emak aku.. dia yang mengandungkan aku, melahirkan aku…membesarkan aku.. memberi wang saku .. sediakan pakaian.. makanan dan segala keperluan aku dan adik.. ayah aku tak berkerja, ayah uruskan rumahtangga.. memasak dan uruskan anak-anak ke sekolah… ayah ambik alih tugas Ma di umah.. macam cerita “Mr.Mama” la ayah aku nih… penyakit ma nih bukan selalu menyerang dia… biasanya, Ma  tak bole berdepan dengan masalah.. kiranya, ma aku nih tak boleh ada masalah lah.. bila ada masalah mula la penyakitnya datang menganggu… kami satu keluarga memang cukup arif dengan perubahan yang berlaku pada Ma.. bila lihat Ma mula bercakap banyak tu adalah tanda-tanda awal.. lepas tu Ma dah mula tak tidur malam lagi la mempercepatkan proses dia sakit.. masa dia sakit beberape perubahan sikap berlaku… Ma mula suka pakai pakaian yang cantik-cantik.. boros (sebab time Ma sihat, Ma seorang yang berjimat cermat)… tidak tidur malam.. bercakap banyak (Ma seorang pendiam)… tahap penyakit Ma teruk bila Ma mula menyanyi dan menari.. mandi dengan pakaian di pasar… buat-buat pensan dan macam-macam lagi.. bila sampai ke tahap tu.. biasanya ahli keluarga akan buat report kat balai polis, utk bawa ma ke hospital psikiatri di Berek 12.. biasanya dalam 1 hingga 2 minggu Ma mendapat rawatan disitu.. tanpa jemu.. setiap hari aku akan melawat ma di hospital untuk menjenguk dan menghantar makanan kegemaran ma… bila Ma dibawa balik ke rumah.. Ma akan jalan macam robot… keras jer tangan dia… lebih kurang 2-3 minggu Ma akan pulih 100%...

Macam mana aku bdepan dengan semua ini… kalu Ma sakit aku turut tak dapat tidur malam.. dan masa nih jugalah banyak air mata aku mengalir.. kenape? Malu ke? Bukan sebab malu sebab kesian kan Ma… nak bawa dia ke hospital kesihan.. nanti dia akan diikat oleh pihak hospital (bila sakit teruk).. masa nih pujuk makan ubat pun susah.. selalunya aku cuba masukkan ubat dalam makanan.. tapi dia tahu.. sebab makanan tu rasa pahit.. last-last terpaksa juga hantar ke hospital… Ma mudah dapat penyakit sebab ma tak suka makan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.. Cuma sejak 3 tahun kebelakangan nih.. sejak ma beli kereta, setiap sebulan sekali aku akan bawa ma jumpa doctor.. ma akan dicucuk ubat dan dibekalkan dengan ubat untuk dimakan di umah… Alhamdulillah sejak kebelakangan ini juga kesihatan ma semakin baik… Ma juga sudah pandai jaga makan ubat.. bila dia rasa tak sedap badan.. dia terus makan ubat.. Cuma sejak dia selalu dicucuk ubat ni.. tangannya terketar-ketar…

Aku sanggup buat ape saje untuk pastikan ma sihat.. Aku tak nak dia sakit lagi.. “kerna dia ibuku…. “ cukup la dah berpuluh-puluh tahun dia tanggung penyakit ni tanpa pengawasan rapi.. aku sanggup bekerja jadi guru tuisyen semata-mata nak jaga ma.. aku sanggup berkorban segala-galanya untuk pastikan ma juga kecapi kebahagian seperti ibu-ibu di luar sana… Jutaan terima kasih pada my huby kerna sudi jadikan aku isteri dan banyak membantu aku time ma sakit.. my huby cukup2 memahami… terima kasih banyak2 … mungkin kalau org lain dah lama aku ditinggalkan…huhuhu ... Dan bersyukur pada Allah.. kerana bagi aku kekuatan tempuh segala dugaan dan ujian ini… yang memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.. Alhamdulillah rezeki aku pun tak putus-putus datang walaupun bukan banyak tapi cukup la menampung kami sekeluarga…Buat ayah… aku rasa cukup2 bangga kerana ayah begitu sayang dan setia pada ma.. dan sanggup tempuh pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang menjaga ma… buat adiq na dan suami.. k.yoh dan abg zul… terima kasih kerana banyak membantu bila time ma sakit… rasa tak terbalas jasa semua orang yang banyak membantu dan bersimpati bila ma sakit… pengorbanan kalian amat la dihargai dan disanjung tinggi…… dan tak lupa buat sahabat2 tsayang yang banyak memberi sokongan dan semanggat tanpa jemu... muahhhhh sayam kalian semua...

Buat teman-teman yang di luar sana yang mengalami pengalaman yang sama seperti aku… jangan malu.. jangan takut dengan cemuhan masyarakat.. malahan kita patut bersyukur.. kerana, walaupun ramai insan lain di luar sana.. Allah telah memilih kita untuk memegang amanah menjaga emak kita yang sakit… Jaga la hati emak kita.. selagi dia hidup kita mampu buat dia bahagia… Setiap pengorbanan kita bukan sia-sia.. Insya-Allah besar hikmahnya nanti… jadilah anak yang soleh dan solehah.. penyejuk dimata penawar dihati… sampai disini saje coretan ku kali ini.. ada kesempatan aku kongsi pengalaman lain pulak.. harap teman-teman tidak jemu membaca coretanku ini… jaga diri hiasi peribadi… tata.. (‘’,) .. hayati puisi dibawah.. khas buat MA….


PUISI BUAT MAMA

Ma… aku amat menyayangimu..
Kaulah ibuku
Kau yang telah membesarkan ku
Dengan penuh kasih sayang

Ma..
Sekarang kau bergolak dengan perasaan
Kau berperang dengan penyakitmu..
Ada yang menghina
Ada yang mengeji
Ada pula yang tidak mengerti
Pelbagai penghinaan dilemparkan
Penyakitmu bermain dengan emosi
Kau tewas melawan perasaan..

Ma..
Aku tak pernah malu bergelar anakmu
Aku tetap bersyukur
Walaupun kau tidak seperti ibu insan lain
Kau sentiasa menyayangiku
Walaupun tak pernah kau luahkan dengan kata-kata

Ma..
Aku sentiasa berdoa
Agar kau berpeluang mengecapi kebahagian
Tidak lagi menderita menanggung penyakitmu itu..

Ma..
Aku akan sentiasa bersamamu
Selagi Allah memberi aku kesempatan menjagamu
Andai aku pergi dulu sebelummu…
Ku doakan moga ada pengganti
Yang akan menjagamu…

Ma…aku amat menyayangimu..
Kaulah ibu syurga hatiku..
Inginku cium kakimu
Memohon kemaafan
Andai kata aku pernah
Membuat kau berkecil hati
Maafkanlah anakmu ini….mama…

♥Along'sh♥

2 comments:

  1. Saya bangga kerana ketabahan dan kekuatan yang ada pada diri Arelongsh menjaga ibu yang sakit...tiada dua ibu kita, hanya satu dan kerana ibu lah kita dilahirkan...

    ReplyDelete
  2. terima kasih.... sy stiasa bdoa agar kedua ibu bapa sy bahagia.. dan kesempatan yang ada tidak akan sy sia-siakan....

    ReplyDelete