Catatan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bersua kembali kita skali lagi untuk meneruskan catatan kehidupan yg pernuh warna warni... walaupun catatan aku kat bawah nih dah berlalu lebih kurang 14 tahun yg lalu.. ianya masih segar dalam ingatan... setiap kali melihat gamba2 kenangan bersama Arwah Pak Da Baha n rakan2 yg lain membuat hati berasa sayu n rindu sgt2 ... Bila mengimbau kenangan silam, seronok sgt tak dapat digambarkan dgn kata2... melihat keindahan alam fauna yg masih terpelihara... dan melalui detik2 cemas yg mendebarkan... jom sama2 kita baca catatan kat bawah, moga ada sesuatu pengkongsian utk rakan2 diluar sana perolehi... Insya-Allah... (^____^)


10 April 1997 (Hari Pertama)

Tepat 6.45 pagi aku selamat sampai ke Dabong, salah satu pekan kecil di daerah Kuala Krai. Perkara yang menarik bagi pandangan mata ku, penduduknya agak peramah dan baik hati.. Dengan semangat berkobar-kobar aku melangkah kaki bersama 4 lagi kawan karib ku iaitu Kakak, Aliyn, Angah dan Adieyk… Sementara menanti kedatangan Arwah Pak Da, kami sarapan pagi terlebih dahulu di Kedai 'Mok' yang terkenal dengan masakan nasi pagi yang enak... Tidak lama kemudian, kelihatan kelibat Arwah Pak Da dari jauh datang ke arah kami, diwajah masing-masing mengambarkan kegembiraan.. kami apalagi tidak sabar-sabar untuk menyeberangi Sungai Galas, dengan menaiki perahu kecil.. Sampai di Jeti Jelawang kami terus menaiki sebuah kereta Arwah Uncle Tony menuju ke Kampung Jelawang, sesampainya di Kampung Jelawang, kami membuat panggilan ke rumah masing-masing untuk memaklumkan bahawa kami telah sampai ke Jelawang, sementara menanti van untuk menghantar kami ke Sumalian..

Sebuah van datang mengambil kami berlima, selain dari Pak Da dan kami berlima, Uncle Tony, Abe Din, Michele dan Lenart iaitu mat salleh dari Denmark turut sama dalam ekspidisi ini.. van meneruskan perjalanan ke Sumalian. Dalam masa setengah jam kami sampai ke destinasi yang dituju. Kami meneruskan perjalanan meredah hutan kecil. Dalam masa satu setengah jam kami sampai ke Chet Point 1 Sumalian, kami makan tengahari di situ dan bermalam di atas batu besar beralaskan khemah dan beratapkan langit..

11 April 1997 (Hari Kedua)

Selesai sarapan, kami mengemas beg masing-masing dan membersih kawasan sekitar tempat kami bermalam. Apabila semuanya telah selesai kami bersiap sedia untuk memulakan ekspidisi pada hari kedua.

Perjalanan pada hari ini agar sukar, kerana terpaksa meredah hutan (offtreck) dikiri kanan penuh dengan duri dan sembilu, tangan kami habis tercalar. Matlamat kami hari ini untuk menuju ke Reflisia Camp. Bunga reflisia atau lebih dikenali bunga pa’ama oleh masyarakat kampung adalah bunga terbesar didunia. Bunga ini akan kembang sekitar bulan Julai. So, tak dapat la kami melihat bunga reflisia tu kembang. Dua jam perjalanan kami sampai ke Reflisia Camp. Kami berehat dan memasak untuk makan tengahari. Selepas dua jam setengah kami berehat, kami meneruskan perjalanan ke Chet Point 2…



Perjalanan kami amat menyeronokkan, kami dapat melihat sekumpulan monyet, dan terdengar gauman harimau. Menurut cakap-cakap orang kampung, kalau bunyi gauman harimau tu jauh, itu bermakna dia berada dekat dengan kita... dan apabila gauman tu dekat, ianya memberi makna dia berada jauh dari kita.. Aku pun tak pasti betul atau tidak teori tersebut..... Abe Din pula terjumpa kemenyan yang besar berwarna hitam. Pak Da pecahkan pada ketulan kecil, agar memudahkan kami membawa pulang.

Dua jam perjalanan kami terjumpa takungan mata air (Chet Point 2) kami berhenti dan bermalam di situ. Kami membahagikan tugas kerja, mendirikan khemah, memasak dan mandi… Pada sebelah malamnya, walaupun kepenatan kami sempat berborak dan banyak lawak-lawak yang tak dapat dilupakan.

12 April 1997 (Hari Ketiga)

Selepas selesai sarapan, kami terus menurunkan khemah dan mengemas barang-barang ke dalam beg dan memastikan kawasan sekitar tidak ada sampah. Selepas semuanya selesai kami meneruskan perjalanan. Perjalanan hari ini agar sukar, kerana kami terpaksa melalui trek batu. Matlamat ekspidisi hari ini untuk menuju ke Chet Point Batu Hampar. Dikepala masing-masing cuba bayangkan macam mana lah keadaan sekitar Batu Hampar yang diceritakan oleh Pak Da. Tak Sabar rasanya nak sampai.. tapi perjalanan kami masih jauh, semangat kami berkobar-kobar.

Dalam perjalanan kami terpaksa melalui batu-batu besar dan licin. Pada satu keadaan aku terjatuh dalam kolam, air kolam separas pinggang.. Lepas tu aku punyalah gabra giler sebab terkejut, tapi aku masih mampu meneruskan perjalanan. Jalan tak lama, kami terpaksa memanjat batu yang agak tinggi. Apabila semua orang sudah naik, tinggal lah kat bawah aku, Adieyk dan Kakak. Dalam tiga orang ni, aku lah yang naik dulu. Bayangkan lah… betapa sukarnya untuk aku melepasi ketinggian batu tersebut (ketinggian melepasi kepalaku).. sampaikan tiga ketul batu kecil yang dijadikan tempat berpegang tercabut… Pada masa tu aku dah rasa panit. Nak nangis pun ada nak gelak pun ada… Pak Da pulak bermacam-macam cara dia lakukan… hinggalah dia tarik kedua-dua belah tangan aku… Lepas aje aku dapat naik, aku terus nangis… sedih… sebak.. dalam nangis tu aku gelak gembira sebab aku selamat melepasi batu tu…. Bayangkan macam mana gambaran muka aku masa tu.. Walau apa pun rintang yang telah aku lalui hari ini… aku tetap juga meneruskan perjalanan ku yang masih panjang ini… Angah gelakkan aku… Tak per Ngah! Gelak lah kuat-kuat.. Sabar jer laaa.... Hehehhehe…

Tiga jam perjalanan kami berhenti rehat untuk makan tengahari… Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang kami makan pada sebelah pagi, tengahari dan malam?… Pada sebelah pagi, kami makan nasi dengan ikan bilis. Tengahari lak kami makan maggi jer. Sama lah juga pada sebelah malam beralaskan maggi. Itulah makanan kami sepanjang ekspidisi ni. Selesai jer makan kami meneruskan perjalanan.

Perjalanan kami kali ini meredah hutan rotan. Kami juga terpaksa merangkak disebabkan lorong yang kami lalui terlalu sempit dan di atasnya penuh dengan pokok berduri…. Perjalanan kami terhenti seketika disebabkan Pak Da jalan terlalu laju, sehinggakan kami tertinggal jauh dibelakang. Aku pada mulanya jalan sama-sama dengan Adieyk, Kakak, Uncle Tony dan Abe Din. Disebabkan aku jalan cepat, aku sempat mengejar Angah ngan Aliyn…jadi kami berada jauh sikit dengan Adieyk dan yang lain-lain. Masa tu Angah ada memanggil Adieyk…"Adieyk... cepat sikit"...laungnya semula pada kami..”Tolong oyak Pak Da tu, Slow sikit!!”… kami aper lagi terkejut la… apanya tidak, sebabnya antara kami berlima, Adieyklah orang yang paling pendiam… ahaks~!!… Sebelum sampai ke Batu Hampar, kami melalui satu kolam empat segi panjang yang agak lawa dan bersih. Sampai jer kat Camp Batu Hampar, kami terus mandi sepuas-puasnya… Selepas mandi kami memasak dan mendirikan khemah .. Pemandangan sekitar camp memang menarik.. Tak pernah kami jumpa batu hampa yang begitu luas dan licin tidak berlengkuk-lengkuk. Kecantikannya tidak dapat aku gambarkan..


13 April 1997 (Hari Keempat)

Kerana kepenatan yang teramat la sangat, pada paginya kami terjaga agak lewat. Apabila semuanya selesai, kami memulakan perjalanan. Perjalanan hari ini melalui batu-batu besar. Mengikut cerita Pak Da, kami dikehendaki melalui beberapa rintangan yang agak sukar antaranya, titian maut, turun dari batu yang tinggi dengan berpaut pada sebatang rotan kecil, naik melalui rotan kecil dan jalan berpegang pada batu… Menurut cerita Pak Da lagi, titian maut ni kedudukannya belah kanan curam dan sebelah kirinya kolam yang dalam. Jalan berpegang pada batu pula, kami perlu jalan mengiring, tangan kena berpegang pada batu besar dan dibelakangnya ada kolam yang dalam, tapak untuk berpijak amat kecil ditambah lagi licin dan berlumut. Apa yang digambarkan oleh Pak Da tu, kami nanti dengan sabar, bercampur sedikit gementar…

Sebelum kami menemui semua cabaran itu, kami terpaksa melalui jalan batu yang agak besar. Pada satu ketika tu, kami memanjat batu yang tinggi dan kami terpaksa mengelongsor perlahan-lahan. Aku dengan Kakak tak lalu jalan tu, kami ikut Pak Da lalu jalan bawah yang agak berlumut. Pada ketika yang sama aku terdengar suara Adieyk berteriak dengan kuatnya. Aku tak nampak apa yang berlaku. Apabila aku sampai di tempat mereka, Angah ngan Aliyn terus cerita apa yang telah berlaku. Mengikut cerita Angah, Adieyk tergelongsor dengan lajunya tanpa dapat dikawal, lepas aje Adieyk sampai kat bawah Adieyk terus nangis, tapi tak lama. Angah cerita macam mana memek muka Adieyk masa dia berteriak tu.. ehehhehheh… rugi tak dapat tengok… Walau apa pun terjadi kami tetap meneruskan perjalanan.

Apa yang kami nanti-nantikan selamat kami tempuhi. Memang betul apa yang telah digambarkan.. Cuma pada tempat dan ketika kami melalui, Pak Da tak kasitahu yang kami sekarang melalui titian maut, dia rusing takut kami gementar untuk melalui tempat tersebut… Mujul Pak Da tak kasitahu kalau tidak…hrmmmmm…. Biasa la aku dengan batu ni… Fobia gilos… Apabila kesemua halangan telah kami lalui, perjalanan kami ke Cobra Camp tidak la terlalu jauh… Apabila sampai saja kami berehat seketika, kami tak terus mandi, kami berborak dulu.. biasalah kami mulut murai… uhuhuh…. Akulah kepalanya yang buka citer.. Tak sempat nak habiskan citer Pak Da datang arahkan kami pasang khemah dan memasak… Muka dan nada suara agak keras, Pak Da seperti memarahi kami sebab sebelum tu dia dah suruh kami dirikan khemah.. kami buat dek jer… ehehehhe.. biasalah kanak-kanak milo… Apabila melihat Pak Da macam tu, kami terus pergi mendirikan khemah. Malam tu hujan lebat… selepas hujan barulah kami dapat memasak.. patut la Pak Da marah... sebab cuaca mendung pada belah petang tu macam nak hujan, cuma kami jer yang leka. Malam tu aku betul-betul keletihan.




14 April 1997 (Hari Kelima)

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari kelima… menurut apa yang diterangkan oleh Pak Da.. Hari ini kami akan mendaki ke puncak Gunung Ayam. Selesai bersarapan dan mengemas barang, kami memulakan perjalanan. Perjalanan hari ini tidaklah begitu sukar seperti hari –hari sebelumnya. Dalam perjalanan hari ini, kami dapat melihat puncak Gunung Myelik. Pemandangan sekitar amat cantik dan mempesonakan. Sepanjang perjalanan, kami menghayati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.. Rasa macam tak percaya, kami sedang berada ditempat begitu cantik...biasanya hanya dapat dilihat melalui television jer....

Pada awal pendakian, kami amat kepenatan sebab kena melangkah kaki tempat yang tinggi, tapi apabila kami asyid naik aje dan dapat melihat pemandangan sekitar yang cantik…menjadikan kepenatan kami hilang. Kami tidak berhenti makan tengahari di mana-mana. Matlamat kami ingin sampai ke puncak Gunung Ayam. Empat jam perjalanan kami selamat sampai ke puncak Gunung Ayam.

Selepas selesai mencari kayu api, memasak dan mendirikan khemah…aku menyambung semula cerita yang tergendala di Copra Camp semalam..”Cerita Hantu Kepala Babi”…Cerita ini begitu seram sehinggakan Adieyk berteriak begitu kuat. Ehehheheeh…. Apa yang terjadi? Jangan lupa tanya kesudahan ceritanya dengan Adieyk…




15 April 1997 (Hari Keenam)

Sejuknya pagi ni.. Pada sebelah paginya kami bangun awal, sebab nak tengok matahari terbit (sunrise).. Perhhhh….. lawa betul …kami tidak mahu ketinggalan untuk melihat matahari terbit dari Puncak Gunung Ayam, biasanya kami lihat dari Baha's Camp jer.... Kesempatan yang diperolehi perlu digunakan semaksimum yang mungkin… Selepas selesai semuanya, kami bersiap untuk turun ke base camp..

Dua jam perjalanan kami berhenti makan tengahari di Sungai Baha. Selesai saja makan, kami meneruskan perjalanan..

Tiga jam kemudian kami selamat sampai ke Baha’s Camp.. muka kami walaupun kepenatan tapi tetap ceria kepuasan….





16 April 1997 (Hari Ketujuh)

Pagi ini adalah pagi terakhir kami di sini… kami bersiap untuk turun ke kaki Jelawang.. Nampaknya kami terpaksa turun berlima jer.. sebab Pak Da ada kerja yang perlu disiapkan.. Selepas bersalaman kami bergerak turun.. Rasa sedih lak untuk tinggalkan mereka dan Baha’s Camp…

Empat puluh minit kemudian kami selamat sampai ke kaki Jelawang… Sayu rasa hati…. Van menanti kami untuk menghantar kami ke Jeti Jelawang, dan kami terus menyeberangi Sungai Galas dengan perahu yang setia menanti untuk ke stesen keretapi …. Dan kami menanti keretapi untuk meneruskan destinasi untuk pulang ke rumah masing-masing....

Berakhirlah sudah ekspidisi yang amat menyeronokkan ini. Ekspidisi ini banyak faedahnya antaranya, penerapan sifat tolong menolong antara satu sama lain dan memupuk setia kawan yang begitu jitu. Selain daripada itu, aku memperolehi pengalaman yang begitu berharga yang tak dapat aku perolehi dari mana-mana tempat yang pernah aku lawati sebelum ini..... Andai dapat ku ulangi lagi.... akan ku ..... ceritakan lagi dilain hari... Wakahkahkah~!!

No comments:

Post a Comment