KEMATIAN….
Malam ini..
Aku masih bersama keluarga tercinta
Menghirup udara segar
Melihat bulan dan bintang bertaburan
Melihat keindahan alam maya…
Adakah hari esok….
Masih ku rasai semua ini??
Kematian..
Kau pasti datang.. menjemputku
Tiada yang terhindar darimu
Kehadiran mu tak dapat dihalang
Atau ditunda waktunya…
Ya Allah..
Aku hamba Mu yang hina
Telalu banyak dosa lalu ku lakukan
Ku mohon keampunan Mu Ya Allah
Tiada tempat bagiku
Hanya kaulah tempat aku mengadu
Dan jangan Kau
Jauhkan aku dari Mu walau sedetik
Sinarilah hidupku dengan hidayah Mu
Berilah pertunjuk dikalaku kebuntuan
Selagi nafas bersisa di bumi Mu ini….
Ya Allah..
Matikanlah aku dalam Husnul Khatimah…
Agar menjadi malam pertama
Bagi malam-malam syurga berikutnya
Dan jauhkanlah Aku
dari malam-malam neraka berikutnya….
Ya Allah…
Keindahan ini hanya pinjaman
Kehidupanku jua sebuah pinjaman
Pabila Sakaratul Maut tiba
Semua pinjaman ini dikembalikan pada Mu
Tiada lagi yang menjadi milik ku…
Keluarga… kawan-kawan.. suami tercinta..
Akan ku pulangkan pada Mu….
Hanyalah yang ku bawa amalanku…
Ibadahku… doa anak yang soleh..
Menjadi peneman di alam kubur….
♥Alongsh♥
PUISI BUAT MAMA
Ma… aku amat menyayangimu..
Kaulah ibuku
Kau yang telah membesarkan ku
Dengan penuh kasih sayang
Ma..
Sekarang kau bergolak dengan perasaan
Kau berperang dengan penyakitmu..
Ada yang menghina
Ada yang mengeji
Ada pula yang tidak mengerti
Pelbagai penghinaan dilemparkan
Penyakitmu bermain dengan emosi
Kau tewas melawan perasaan..
Ma..
Aku tak pernah malu bergelar anakmu
Aku tetap bersyukur
Walaupun kau tidak seperti ibu insan lain
Kau sentiasa menyayangiku
Walaupun tak pernah kau luahkan dengan kata-kata
Ma..
Aku sentiasa berdoa
Agar kau berpeluang mengecapi kebahagian
Tidak lagi menderita menanggung penyakitmu itu..
Ma..
Aku akan sentiasa bersamamu
Selagi Allah memberi aku kesempatan menjagamu
Andai aku pergi dulu sebelummu…
Ku doakan moga ada pengganti
Yang akan menjagamu…
Ma…aku amat menyayangimu..
Kaulah ibu syurga hatiku..
Inginku cium kakimu
Memohon kemaafan
Andai kata aku pernah
Membuat kau berkecil hati
Maafkanlah anakmu ini….mama…
♥Along'sh♥
SUNYI DAN SEPI…
Malam…
Hujan turun membasahi bumi…
Menyejukkan suasana kelam malam
Terasa terubat dengan kepanasan
sang mentari pada siang harinya..
bagai mahu membakar seisi dunia
Alhamdulillah..
Kerana pada malamnya
Allah bekalkan dengan limpahan air hujan
Menyirami pohon² yang kehausan
Menyejukkan hati yang tak berhaluan…
Malam…
Aku kesepian..
Aku kesunyian..
Hanya baki titisan hujan masih kedengaran
Menemani malamku
Ku titipkan kata² puisi
Mengisi kesepianku..
Ku luahkan bait² indah
Di setiap helaian warkah
Agar dapatku dendangkan sebuah puisi indah
Moga malamku terubat kesunyian…
Ya Allah…
Aku bersyukur pada-Mu
Kerana aku masih lagi sempat
Melalui malam yang indah ini..
Walaupun aku keseorangan.. tiada teman bicara
Tiada suara² insane menemani kesunyian malamku
Aku tetap bahagia…
Aku masih mampu tersenyum
Walaupun ku diulit kesepian dan kesunyian
Ku hargai setiap saat dan waktu
Yang telah Kau tetapkan untukku…
Adakah hari esok
Masih dapat ku rasai sunyi dan sepi … sebuah malam..?
♥Alongsh♥
PErJaLaNAN TiADa PeNGHuJuNg….
Aku melangkah kaki menyusuli
Jalan² yang berliku…
Penuh dengan duri berbisa…
Sehingga hatiku terluka
Terguris tanpa disedari…
Aku teruskan perjalanan ini
Walaupun semakin aku berjalan
Aku semakin jauh dari destinasi yg dituju…
Ku cuba kuatkan semangat…
Hari semakin kelam… malam mula menjelma
Aku masih sendiri mencari arah…
mencari arah tujuan
yang entah ke mana harus ku bawa diri
kaki semakin lemah…
badan semakin lesu…
aku tiada upaya meneruskan perjalanan
dah berapa kali aku jatuh tersungkur…
ku pujuk hati bangkit perlahan²….
Meneruskan perjalanan yg tiada penghujungnya ini…
Terlalu jauh perjalanan ini ku lalui…
Hati semakin rasa siksanya…
Tapi aku tidak lupa berdoa pada Illahi
Berikan aku kekuatan
Moga masih ada sisa² semangat juang
Untuk ku teruskan hingga ke noktah terakhir…
Aku percaya…
Ada sesuatu menantiku…
Aku terus bersabar… walaupun ku sendirian
Tanpa teman bicara…
Tanpa sahabat meluah kata…
Hanya pada Allah tempat aku mengadu
Moga ada benih kejayaan menantiku dihadapan
Insya-Allah……
Along’sh
“Cinta Itu Milik Allah”
IMBASAN DALAM PERSAHABATAN...
Setiap detik masa berlalu
ianya amat menyiksakan..
Setiap ketika dan waktu..
Aku merindui saat suka dan duka
dalam imbasan persahabatan..
begitu unik dikaca hatiku ...
amat sukar untuk diluah dengan kata²..
menusut sanubari kerinduan...
Kesabaran kita diuji...
persahabatan kita kekal bersatu..
kita masih menyemai serumpun kasih sayang..
walaupun pada satu hakikat..
kita terpisah kerana keadaan yang memaksa...
Tapi antara kita tidak pernah menyalahkan keadaan..
kerana sudah ketetapan-Nya begitu..
kita masih bersama menuai erti sebuah persahabatan ..
tiada siapa yang dapat memisahkan kita...
melainkan ajal maut penentu segaja..
Walau aper pun terjadi..
aku tetap menghargai persahabatan ini
yang terjalin tanpa dicemari..
Dan..aku kan terus..
mengabdikan sebuah memori persahabatan
yang begitu abstrak.. dan penuh simbolik....
-Along'sh-
BULAN, BINTANG
Ku dongak ke langit
Ku lihat awan berarak
Ku lihat langit yang malap
Ku tunduk membisu
Merintih nasib hidup
Ku dongak ke langit
Ku lihat bintang bersinar
Ku lihat bulan bercahaya
Aku hanya mampu memakukan diri
Menyedari kekurangan diri
Ku dongak ke langit
Ku lihat malam yang indah
Ku rasa damai dihati
Ku bertafakur kepada Ilahi
Menyedari betapa kerdilnya aku disisi-Nya
Aku disini menginsafi diri
Moga..
Aku sentiasa mengingati
Di mana aku berdiri……
♥Alongsh♥
No comments:
Post a Comment