Sunday, January 23, 2011

Kerna Dia Ibuku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Selepas siap masukkan entri pengalaman minum radioaktif iodine.. tiba-tiba rasa sayu menjenguk pintu hati bila terpandang Ma yg tengah membakar sampah di luar umah.. kenape tiba-tiba rasa sayu? Sepanjang aku kene “perintah berkurung” .. Ma telah ambik alih bab masak nasi dan lauk.. untuk pengetahuan teman-teman.. sudah 4 tahun Ma tak masak nasi.. sehinggakan dia tanya sukatan air untuk masak nasi.. sebelum nih semua tugasan di umah aku yang buatkan.. aku tak bagi dia buat kerje.. sebab waktu pagi dia dah keluar kejap pergi berniaga di pasar.. selepas balik dari pasar aku suruh dia banyak berehat …

Aku bukan ingin membuka pekung didada.. jauh sekali bercerita tentang keburukkan atau kelemahan diri… aku hanya ingin berkongsi dengan teman-teman di luar sana, yang mungkin melalui pengalaman seperti aku.. yang tak tahu apa harus dilakukan… mungkin setelah aku ceritakan pengalamanku ini, teman-teman akan mendapat sedikit info bagaimana untuk menguruskan orang yang kita sayangi yang mengidap penyakit tekanan perasaan (mental)…

Ma ialah panggilan pada emakku… sejak aku kecil lagi Ma mengidap penyakit tekanan perasaan (mental).. masa aku kecil orang selalu cakap mak aku gila.. sedih sangat bila ada orang cakap macam tu.. .. tapi aku tetap anak emak aku.. dia yang mengandungkan aku, melahirkan aku…membesarkan aku.. memberi wang saku .. sediakan pakaian.. makanan dan segala keperluan aku dan adik.. ayah aku tak berkerja, ayah uruskan rumahtangga.. memasak dan uruskan anak-anak ke sekolah… ayah ambik alih tugas Ma di umah.. macam cerita “Mr.Mama” la ayah aku nih… penyakit ma nih bukan selalu menyerang dia… biasanya, Ma  tak bole berdepan dengan masalah.. kiranya, ma aku nih tak boleh ada masalah lah.. bila ada masalah mula la penyakitnya datang menganggu… kami satu keluarga memang cukup arif dengan perubahan yang berlaku pada Ma.. bila lihat Ma mula bercakap banyak tu adalah tanda-tanda awal.. lepas tu Ma dah mula tak tidur malam lagi la mempercepatkan proses dia sakit.. masa dia sakit beberape perubahan sikap berlaku… Ma mula suka pakai pakaian yang cantik-cantik.. boros (sebab time Ma sihat, Ma seorang yang berjimat cermat)… tidak tidur malam.. bercakap banyak (Ma seorang pendiam)… tahap penyakit Ma teruk bila Ma mula menyanyi dan menari.. mandi dengan pakaian di pasar… buat-buat pensan dan macam-macam lagi.. bila sampai ke tahap tu.. biasanya ahli keluarga akan buat report kat balai polis, utk bawa ma ke hospital psikiatri di Berek 12.. biasanya dalam 1 hingga 2 minggu Ma mendapat rawatan disitu.. tanpa jemu.. setiap hari aku akan melawat ma di hospital untuk menjenguk dan menghantar makanan kegemaran ma… bila Ma dibawa balik ke rumah.. Ma akan jalan macam robot… keras jer tangan dia… lebih kurang 2-3 minggu Ma akan pulih 100%...

Macam mana aku bdepan dengan semua ini… kalu Ma sakit aku turut tak dapat tidur malam.. dan masa nih jugalah banyak air mata aku mengalir.. kenape? Malu ke? Bukan sebab malu sebab kesian kan Ma… nak bawa dia ke hospital kesihan.. nanti dia akan diikat oleh pihak hospital (bila sakit teruk).. masa nih pujuk makan ubat pun susah.. selalunya aku cuba masukkan ubat dalam makanan.. tapi dia tahu.. sebab makanan tu rasa pahit.. last-last terpaksa juga hantar ke hospital… Ma mudah dapat penyakit sebab ma tak suka makan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.. Cuma sejak 3 tahun kebelakangan nih.. sejak ma beli kereta, setiap sebulan sekali aku akan bawa ma jumpa doctor.. ma akan dicucuk ubat dan dibekalkan dengan ubat untuk dimakan di umah… Alhamdulillah sejak kebelakangan ini juga kesihatan ma semakin baik… Ma juga sudah pandai jaga makan ubat.. bila dia rasa tak sedap badan.. dia terus makan ubat.. Cuma sejak dia selalu dicucuk ubat ni.. tangannya terketar-ketar…

Aku sanggup buat ape saje untuk pastikan ma sihat.. Aku tak nak dia sakit lagi.. “kerna dia ibuku…. “ cukup la dah berpuluh-puluh tahun dia tanggung penyakit ni tanpa pengawasan rapi.. aku sanggup bekerja jadi guru tuisyen semata-mata nak jaga ma.. aku sanggup berkorban segala-galanya untuk pastikan ma juga kecapi kebahagian seperti ibu-ibu di luar sana… Jutaan terima kasih pada my huby kerna sudi jadikan aku isteri dan banyak membantu aku time ma sakit.. my huby cukup2 memahami… terima kasih banyak2 … mungkin kalau org lain dah lama aku ditinggalkan…huhuhu ... Dan bersyukur pada Allah.. kerana bagi aku kekuatan tempuh segala dugaan dan ujian ini… yang memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.. Alhamdulillah rezeki aku pun tak putus-putus datang walaupun bukan banyak tapi cukup la menampung kami sekeluarga…Buat ayah… aku rasa cukup2 bangga kerana ayah begitu sayang dan setia pada ma.. dan sanggup tempuh pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang menjaga ma… buat adiq na dan suami.. k.yoh dan abg zul… terima kasih kerana banyak membantu bila time ma sakit… rasa tak terbalas jasa semua orang yang banyak membantu dan bersimpati bila ma sakit… pengorbanan kalian amat la dihargai dan disanjung tinggi…… dan tak lupa buat sahabat2 tsayang yang banyak memberi sokongan dan semanggat tanpa jemu... muahhhhh sayam kalian semua...

Buat teman-teman yang di luar sana yang mengalami pengalaman yang sama seperti aku… jangan malu.. jangan takut dengan cemuhan masyarakat.. malahan kita patut bersyukur.. kerana, walaupun ramai insan lain di luar sana.. Allah telah memilih kita untuk memegang amanah menjaga emak kita yang sakit… Jaga la hati emak kita.. selagi dia hidup kita mampu buat dia bahagia… Setiap pengorbanan kita bukan sia-sia.. Insya-Allah besar hikmahnya nanti… jadilah anak yang soleh dan solehah.. penyejuk dimata penawar dihati… sampai disini saje coretan ku kali ini.. ada kesempatan aku kongsi pengalaman lain pulak.. harap teman-teman tidak jemu membaca coretanku ini… jaga diri hiasi peribadi… tata.. (‘’,) .. hayati puisi dibawah.. khas buat MA….


PUISI BUAT MAMA

Ma… aku amat menyayangimu..
Kaulah ibuku
Kau yang telah membesarkan ku
Dengan penuh kasih sayang

Ma..
Sekarang kau bergolak dengan perasaan
Kau berperang dengan penyakitmu..
Ada yang menghina
Ada yang mengeji
Ada pula yang tidak mengerti
Pelbagai penghinaan dilemparkan
Penyakitmu bermain dengan emosi
Kau tewas melawan perasaan..

Ma..
Aku tak pernah malu bergelar anakmu
Aku tetap bersyukur
Walaupun kau tidak seperti ibu insan lain
Kau sentiasa menyayangiku
Walaupun tak pernah kau luahkan dengan kata-kata

Ma..
Aku sentiasa berdoa
Agar kau berpeluang mengecapi kebahagian
Tidak lagi menderita menanggung penyakitmu itu..

Ma..
Aku akan sentiasa bersamamu
Selagi Allah memberi aku kesempatan menjagamu
Andai aku pergi dulu sebelummu…
Ku doakan moga ada pengganti
Yang akan menjagamu…

Ma…aku amat menyayangimu..
Kaulah ibu syurga hatiku..
Inginku cium kakimu
Memohon kemaafan
Andai kata aku pernah
Membuat kau berkecil hati
Maafkanlah anakmu ini….mama…

♥Along'sh♥

Saturday, January 22, 2011

Pengalaman Minum Radioaktif Iodin

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila ada orang tanya macam mana rasa minum iodin.. ermmm masin ke? manis ke? atau ape rasanye.. banyak ke kena minum, dan mcm2 lagi soalan yg diutarakan.. apa yg org lain ingin tahu.. begitulah juga situasi aku sbelum minum iodin.. asyik duk bertanya doktor ape rasa?… lepas minum jadi ape? Jadi superman ke? Dan mcm2 lagi soalan yg ku tanya.. walau kadangkala soalan tu mcm tak masuk dek akal… doktor tetap juga layann.. ehehe.. so hari ni, tergerak hati nak berkongsi pengalaman macam mana aku minum radioaktif iodin tu…

12/1/2011 (Rabu) 9.00 pagi

Pagi ni aku kena lapor diri di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.. dikehendaki masuk wad 7 Utara... semalam mcm2 persiapan aku lakukan.. mcm nak panjat gunung gayanye.. ehehe... paking bag trekking yang dah 3 tahun tidak digunakan... siap kena basuh dulu beg tu.. bila tengok beg tu.. lama benar dia dah berhikmat.. dah masuk tahun ke 10... lama betul.. sayang sangat kat beg tu... satu2nya barang kenangan dari zaman belajar kat UTM KL... ops melalut bab beg la pulak.. sambung citer.. apa yg berlaku kan HUSM... ermmm.. mula2 masuk wad 7 Utara tu.. Nurse dan doktor hairan kenape aku perlu dimasukkan ke wad.. tapi nurse tetap bagikan aku katil.. Katil no 3.. tepi tingkat bole la tengok pemandangan kat luar.... duduk kejap ada doctor mai tanya kenape aku kena masuk dalam wad.. aku tunjuk la surat yg doktor pakar bagi tempoh hari.. pada surat tu ada bagitahu.. aku kena masuk dalam wad untuk dimasukkan ubat ‘methylpred’ utk 3 hari berturut-turut.. bagi mengelakkan mata aku bersinar atau bercahaya bila dah minum radioatif iodine nanti... doktor ada bagitahu.. ubat yang akan dimasukkan ke badan aku nanti hanya 1 kali sahaja dalam sehari.. aku pun mintak la ngan doktor, bole tak aku ulang alik datang ke hospital selama 3 hari.. maknanye aku tidak dimasukkan ke dalam wad... lama juga nak tunggu jawapan dari doktor.. siap my huby balik dulu ke umah.. aku apa lagi layan baca majalah nur dan mingguan wanitalah... lebih kurang pukul 4 baru la ubat tersebut dimasukkan ke badan aku... mula2 tu tak rasa ape2 lagi.. duduk dalam 10 minit.. mata aku mula mengantuk.. berat sangat mata ni.. dah tak bole buka.. badan rasa macam mengigil.. mungkin kesan dari ubat tu kot.. aku terlena.. tapi asyik terkejut.. selepas dimasukkan ubat.. doktor datang bagi surat dan bagi kebenaran untuk aku pulang bila selesai masukkan ubat.. Alhamdulillah lega rasanye.. tak perlu la aku bermalam di HUSM... suka sangat masa tu.. dalam pukul 7 lebih, my huby pergi buat bayaran discaj keluar hospital.. lepas tu kami bsiap untuk pulang..

13/1/11 (Khamis) 2.00 petang

Hari ni terpaksa la akku pergi sorang2 ke HUSM untuk masukkan ubat kali ke-2.. sbb my huby tak boleh berjalan. kena gaut kat lutut... hari ni dah tak rasa mengantuk.. Cuma rasa pahit kat dalam mulut.. selesai masukkan ubat aku terus pulang.. masa nak balik aku terserempat dengan nurse yang bertugas dibahagian Nuklear tempat aku register untuk buat Radioatif iodine.. sempat la aku tanya makanan ape yang bole dimakan.. Kak Na (Nurse) bagitahu aku hanya bole makan ayam tanpa garam.. sayur dan buah shj.. bole minum air teh..




14/1/11 (Jumaat)

My huby masih juga tak dapat berjalan.. kesian my huby.. hari ni pun sama, aku pergi sendirian ke HUSM... hari ni last aku dimasukkan ubat.. terpaksa la aku tahan sakit lagi sekali bila dicucukkan jarum ditangan.. bila ubat dah masuk ke badan sy.. tekok dah mula rasa pahit... tahan je... huhuhu.. takpe la hari terakhir.. lepas siap aku terus pulang.. Alhamduillah my huby dah bole bangun... lupa nak bagitahu.. smalam aku sempat bekam darah kat lutut my huby.. banyak juga darah kotor kuar.. my huby dah bole turun tangga yg tinggi.. syukur sgt2... nanti aku kongsi pula resepi masakan yg tidak dimasukkan garam... mula2 makan mmg tak sedap.. makan nasi + ayam tawar.. kerana lapar aku telan juga.. tapi dr hari ke hari aku ubah suai masakan.. nak biar ada gak rasa walaupun bukan rasa masin...

Resepi sepanjang 4 minggu tempoh berpatang...
1) Ayam + kunyit + gula (sedikit shj) + cuka ... goreng..
2) Buat sambal .. mangga masam + lada + ayam goreng tumbuk sampai hampir
lumat, lepas tu masukkan sedikit cuka.. ermmmm sedap...
3) Ayam + kunyit + halia .. bakar ...
4) Goreng ayam bersama lada hitam...


Bercerita pengalaman minum Iodin pulak 19/1/2011 aku ke HUSM ditemani oleh my huby.. tipulah kalau aku kata tidak berdebar @ takut pagi tu.. sbb kita tak tahu ape cecair iodine yg bakal diminum nanti… smalam dlm kul 12 tgh mlm aku kena berpuasa shingga selesai minum iodine bagi memudahkan serapan iodine berlaku… Bila siap pendaftaran.. aku terus ke bahagian Nuklear… di situlah nanti aku akan minum iodine.. serah kad HUSM pd K.na (nurse yg bertugas) terus bagi surat utk buat pembayaran kat unit Tafsiran.. bayaran RM 350.00.. lepas buat bayaran aku diarahkan tunggu utk berjumpa doctor terlebih dahulu.. Masa jumpe doctor.. doctor bagi penerangan teperinci pasal minum radioaktif iodine nih… Kata doctor.. Iodin ni adalah salah satu rawatan utk musnahkan sel2 tairot slain daripada melakukan pembedahan.. doctor bagitahu tip2 selepas minum iodine.. aku dikendaki jarakkan diri daripada smua orang dalam 1 meter.. terutama skali ibu mengandung n anak kecil sy perlu elak dr berjumpe mereka… sbb kesan radiaktif nih kuat bole menyebabkan kanak2 kecil berumur bawah 3 tahun terencat pembesaran.. dan bole bagi kesan sampingan pada ibu mengandung.. aku perlu elak berada dikhalak ramai skurang2nye sminggu.. dalam masa lima hari aku dikendaki berpatang hanya bole makan ayam tawar + sayur dan buah shj.. slama 3 minggu aku perlu elakkan dari makan makanan laut.. Pakaian aku perlu diasingkan.. tidak boleh basuh bersama pakaian orang lain.. sbb kesan radioaktif tu sgt kuat.. takut terkena pd individu lain.. Pinggan, cawan dan sudu juga perlu diasingkan… begitu juga dengan tempat tidur.. My huby tak boleh tidur sbilik.. takut terkena kesan radiaktif tsebut.. lepas minum iodine aku kena minum byk air masak dan kena makan asam supaya dapat menghasilkan air liur yg banyak, bagi mengelakkan sakit diraham mulut…Dalam jangka 1 tahun tak bole pregnant..

Mengikut kata doctor, biasa ada pesakit slepas minum iodine akan terasa panas dileher @ rasa bengkak dileher .. semua tu kesan dari minum iodine, dimana ketika itu.. iodine sedang berkerja menghapuskan tairot tersebut…

Selepas mendengar taklimat dari doctor… Staff HUSM pula memberi keterangan yang lebih terperinci mengenai rawatan radioaktif iodine nih.. selepas itu, nama aku dipanggil utk minum iodine…ermmmmm…. Masuk dlm bilik khas… aku diberi satu bekas mcm silinder kecil.. ada strol utk minum iodine tersebut.. bekas tu berada dlm satu bekas yg bersimen… aku pun dengan bacaan Bismillah … terus minum.. ingatkan banyak.. sikit jer… lepas tu staff HUSM masukkan air masak 2 kali ke dlm silinder tersebut utk aku minum… lepas tu terus pulang… Apa rasanya? Pedas ke manis ke? @ masin… ermmm mana ada rasa.. macam air sejuk jer.. lepas tu naik kereta aku kena duduk blakang.. pakai driver katakan.. ehehe.. jgn marah my huby…. Alhamdulillah sepanjang sehari selepas minum iodine.. aku tak rasa ape2… siap bole berFB lagi.. ehehe.. itulah pengalaman aku minum iodine..

Nasihat aku utk teman2 yg ingin membuat rawatan ini.. teruskan .. jgn takut .. dan jangan risau.. sekurang2nya.. kita berusaha..berikhtiar dan mencuba… berjaya atau tidak kita serahkan pada Yang Maha Esa… banyak2 berdoa agar penyakit yang kita lalui sembuh.. Insya-Allah.. jangan putus asa… terus berdoa dan bertawakal… (‘’,)


Wednesday, January 19, 2011

Seni Kraf

Bismillahirrahmanirrahim...

Teruja sangat nak berkongsi hasil kraftangan ngan teman².. Biasanya hasil kraf aku nih ada yang dijual n ada juga dijadikan cenderahati untuk pelajar abacus n kawan².. seronok bila dapat hasilkan sendiri.. bukannya xbole beli .. tapi bila kita buat sendiri, dapat memberi satu kepuasan bila melihat hasil tangan sendiri yang cantik dan menarik... Kawan2 dan pelajar abacus yang dapat cenderahati pun nampak seronok sgt dan siap mintak buat satu lagi untuk bagi kat teman2 pejabat atau sanak saudara... Seni kraf nih juga dapat menjana pendapatan sampingan..










Penanda Buku (Bookmark)
Bekas Pensil (suratkhabar)

Keychain

Keychain


Keychain


Lilin


Pensil (cenderahati pada pelajar)

Bunga gantung kat dalam kereta (Hiasan)





Keychain


Mouse pad

Bekas Pencil (Tin minuman)

Tabung (Bekas Pringles)

Buku-Buku Kraftangan

Bismillahirrahmanirrahim.

Buku² ini antara koleksi buku seni kraf yang aku miliki... Biasanya dari buku² inilah aku mendapat idea untuk buat kraftangan pada masa lapang..








Jom bercuti kat Jelawang Jungle

Bismillahirrahmanirrahim....
Jelawang Jungle .. nama yg begitu sinonim dalam kehidupan saya.. dari zaman sekolah menengah lagi saya mmg suka sangat ke sini.. tempatnya yg menarik dan cantik skali .. kalu sebut bab mandi manda.. mmg saya spesis yang suka main air.. masa remaja slalu la panjat gunung ngan rakan2 spejuangan yg lain... Kakak.. Angah.. Adieyk.. Aliyn n Suelin.. Ada jer cuti mesti pergi ke Jelawang... seronok sgt2.. bagi teman2 yang gemarkan aktiviti lasak @ nature boleh la ke sini.. rasai sendiri keseronokan menghayati keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara... kalu nak cerita pasal Jelawang mmg banyak.. nanti ada masa sy cerita lagi pengalaman manis spanjang mengikuti aktiviti lasak di sini.. dan di sini jugalah cinta saya n huby bersemi.. Cinta Jelawang Jungle katakan.. ehehehe... http://jelawangjungle.blogspot.com/






Abacus @ Sempua

Bismillahirrahmanirrahim.

Arithmetik mental abacus adalah salah satu teknik kiraan cepat.. dimana peringkat pertama menggunakan jari.. peringkat ke-2 menggunakan sempoa dan peringkat ke-3 menggunakan mental @ bayangan.. http://abacusannur.blogspot.com/




Bekam

Bismillahirrahmanirrahim.

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah BERBEKAM (HADIS)"


Tujuan berbekam adalah salah satu cara untuk membuang toksin dalam darah, memulihkan saraf-saraf dan organ-organ dalaman. Di samping itu kaedah ini juga dikatakan dapat membetulkan sistem badan dan memudahkan pengaliran oksigen..






teman² boleh layari blog --> http://annurbekam.blogspot.com/ untuk mendapat keterangan lebih lanjut mengenai berbekam...


~Mencegah lebih baik dari mengubati~

Koleksi Gelang

Bismillahirrahmanirrahim.

Di bawah ni antara koleksi gelang² yang pernah saya hasilkan sdiri dulu...