Koleksi Puisi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Puisi2 kat bawah nih ku hasilkan sendiri mengikut mood.. terasa nak menulis baru terhasilnya puisi nih.. tak bole dipaksa2.. mmg tak kua idea... harap2 rakan2 dapat mhayati puisi2 ku ini...




Satu Peralihan

Teman..
Sukar bagiku untuk meluahkan..
Apa yang ku pendam selama ini
Ku harap perihal yang bakal ku luahkan ini
Tidak membebani mu dengan permasalahan
Terpulang pada mu bagaimana untuk menilainya
Ku harap kau dapat belajar menjadi insan
Yang sempurna di mata insan lain..

Teman...
Hari-hari yang mendatang
Begitu sukar untuk ku hitung
Perihal teman-temanku tak pernah ku hiraukan
Tapi aku berpijak di bumi nyata
Aku sedar temanku sedang hanyut
Hanyut dibawa arus persahabatan

Teman..
termenung aku sejenak…
lalu terlintas difikiran
Adakah semua perbuatanmu itu, sifat sebenarmu?
Atau kau telah berubah?
Mungkin kau mengalami satu peralihan usia
Aku sabar melayani kerenahmu teman
Aku terlalu menjaga hati teman-temanku
Sehinggakan hati dan perasaan ku terluka..
Aku belajar menerima segala teguran
Tapi, kadangkala sikapmu keterlaluan
Kau suka meminta nasihat..
Tapi nasihat yang diberikan
Tak pernah kau kotakan
malah kau suka
menegakkan benang yang basah
kau tidak pernah memahami hati temanmu..

Teman…
Kita terlalu leka
Dengan dunia khayalan ciptaan kita
Hinggakan kita menepis setiap nasihat
Yang dicurahkan..
Jangan memberi alasan kita yang terbaik
Kita tidak mampu lakukan apa saja
Yang melebihi batasan…
Kita manusia biasa hanya menumpang
Di bumi CiptaanNya..

Teman…
Keegoan bukan lambang kemegahan
Keegoan satu lambang kebencian
Mengapa tanamkan sifat itu?
Suatu hari kita akan tunduk dengan keegoan..
Bersyukur dengan apa yang kau miliki
Agar kau tidak kehilangan sesuatu yang berharga
Tanamkan sifat merendah diri
Dan kesederhanaan
Agar hidup ditemani ketenangan
Sabar dengan kerenah yang mendatang
Belajar dari kelemahan diri
Agar kita tidak kesal dengan apa
Yang bakal kita tempuhi nanti..

Teman..
Aku tidak mampu mengariskan jalan hidupmu..
Semua ini terpulang padamu teman
Hanya dirimu sendiri dapat mengubah..
Insan lain hanya mampu memberi dorongan..
Hanya satu pesanku
Belajarlah menghormati orang lain
Agar orang lain dapat belajar menghormati kita..
-Along’sh-




Insya-Allah

Aku masih seperti kelmarin
Kesedihan, kegagalan dan penderitaan
semua ini atas kekuasaanNya
aku hanya insan kerdil yang hanya mampu berusaha
Bertawakal dan berdoa agar hidup ini
diberi hidayah dan pedoman..

Aku masih seperti semalam
aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana
diberi peluang untuk bernafas di bumi ciptaanNya
dan diberi petunjuk dikala kebuntuan…
aku bersyukur padaNya
sesungguhnya ujian yang datang itu
mengukuhkan lagi iman
dan menguatkan pendirianku….

Aku masih seperti hari ini
hanya mampu ku tampilkan
peribadi insan yang berilmiah
dan menghambakan diri kepadaNya…
aku redha dengan apa yang telah tersurat
di dalam perjalanan hidup ini…
jika ini jalan terbaik bagi ku
akan ku terangi dengan cahaya ketabahan
walauapa pun rintangan, aku tetap berdiri teguh
semua ini adalah satu permulaan dalam kehidupan

Insya-Allah….
Aku adalah insan yang sama pada hari mendatang
akan ku cekalkan semangat
agar ianya tidak patah dipertengahan jalan
hanya doa mengiringi ketabahan bagi menguatkan semangat
Sesungguhnya… aku memihak kepada kebenaran..
Temanku keceriaan, sahabatku senyuman
Kesabaran, rakan dikala kesunyian
walauapa pun terjadi
anggaplah semua ini satu ujian dariNya
Dan terimalah aku dengan seadanya… Insya-Allah.
-Along’sh

-



Erti Sebuah Kehidupan..

Deruan angin menerpa wajah
Sejuk nyaman terasa dingin
Begitu indah alam ciptaan Ilahi
Mencuit kalbu menyentuh rasa

Suasana diselangi gelak tawa
Nyanyian merdu menghibur hati
Boneka biru berkumandang merdu
Petikkan gitar berirama melodi
Daun ditiup umpama seruling
Lagu didendang menjadi ikutan
Siapa mendengar pasti terhibur
Mendambarkan seribu makna tersirat

Lawak jenaka mengambil hati
Nasihat umpama buluh perindu
Teguran membina membentuk peribadi
Jadikan kebaikkan tunggak utama
Jadikan keburukkan musuh durjana
Tersentuh rasa keinsafan diri
Menyedari apa yang telah terjadi

Hadir ia menyinar kehidupan
Membawa segumpal cahaya sinaran
Memberi sekuntum senyuman keikhlasan
Pulang ia meninggalkan kedukaan
Ditemani manik-manik jernih
Pesan ia hanya Satu
Belajarlah mengenal erti sabar..
Agar sabar mengatasi segalanya

Perjalanan pasti akan diterangi kebahagiaan...
Suasana dikelilingi hutan rimba
Jauh dari bising desa
Ditemani bunyi cengkerit malam
Siang diselinging bunyi reriang
Deruan air terjun menerpa batu
Binatang liar berkeliaran mencari mangsa

Apa yang dicari? Matlamat hidup
Apa yang ditemui?
Pengalaman yang tak dapat dibeli
Belajar dari kisah silam
Mengenal erti kehidupan
Belajar erti berani agar tidak
Diselubungi ketakutan
Adakah insan lain seperti ia?
Mungkin ada tapi tidak sama..
Kasih sayang diberikan sama rata
Kemesraan dirasa belaian diterima
Betapa kami bahagia disampingnya
Hanya mampu kami berikan
Secebis doa
Agar ia dicucuri rahmat
Dan ditempatkan bersama-sama
Orang yang beriman

Al-Fatihah……..

@@Along'sh@@



KU CARI DAMAI DIHATI.. 

Dikeheningan senja
yang melabuhkan tirai
didada langit kemerahan
kicauan burung pulang ke sarang
tiupan sang bayu senja menghembus wajah
nyaman terasa

Aku..?
tetap setia di sini
mencari sesuatu yang hilang
ku imbas cerita duka
ku tilik cerita suka
dihati mengamit kerinduan
menusuk sanubari perempuanku…

Ku cari damai dihati
ku cari ketenangan abadi
mampukah aku miliki…
mesti indah
mesti bahagia..
adakah aku mampu rasai…?
suatu hari aku pasti temui
apa yang aku impikan
kepada-Mu Ya Allah..
aku bermohon
moga hari esok bakal ku temui
damai dihati
moga kedamaian milik ku jua…
Insya-Allah….

♥Along’sh♥




KEMATIAN….

Malam ini..
Aku masih bersama keluarga tercinta
Menghirup udara segar
Melihat bulan dan bintang bertaburan
Melihat keindahan alam maya…


Adakah hari esok….
Masih ku rasai semua ini??

Kematian..
Kau pasti datang.. menjemputku
Tiada yang terhindar darimu
Kehadiran mu tak dapat dihalang
Atau ditunda waktunya…

Ya Allah..
Aku hamba Mu yang hina
Telalu banyak dosa lalu ku lakukan
Ku mohon keampunan Mu Ya Allah
Tiada tempat bagiku
Hanya kaulah tempat aku mengadu
Dan jangan Kau
Jauhkan aku dari Mu walau sedetik
Sinarilah hidupku dengan hidayah Mu
Berilah pertunjuk dikalaku kebuntuan
Selagi nafas bersisa di bumi Mu ini….

Ya Allah..
Matikanlah aku dalam Husnul Khatimah…
Agar menjadi malam pertama
Bagi malam-malam syurga berikutnya
Dan jauhkanlah Aku
dari malam-malam neraka berikutnya….

Ya Allah…
Keindahan ini hanya pinjaman
Kehidupanku jua sebuah pinjaman
Pabila Sakaratul Maut tiba
Semua pinjaman ini dikembalikan pada Mu
Tiada lagi yang menjadi milik ku…
Keluarga… kawan-kawan.. suami tercinta..
Akan ku pulangkan pada Mu….
Hanyalah yang ku bawa amalanku…
Ibadahku… doa anak yang soleh..
Menjadi peneman di alam kubur….

♥Alongsh♥


PUISI BUAT MAMA


Ma… aku amat menyayangimu..
Kaulah ibuku
Kau yang telah membesarkan ku
Dengan penuh kasih sayang

Ma..
Sekarang kau bergolak dengan perasaan
Kau berperang dengan penyakitmu..
Ada yang menghina
Ada yang mengeji
Ada pula yang tidak mengerti
Pelbagai penghinaan dilemparkan
Penyakitmu bermain dengan emosi
Kau tewas melawan perasaan..

Ma..
Aku tak pernah malu bergelar anakmu
Aku tetap bersyukur
Walaupun kau tidak seperti ibu insan lain
Kau sentiasa menyayangiku
Walaupun tak pernah kau luahkan dengan kata-kata

Ma..
Aku sentiasa berdoa
Agar kau berpeluang mengecapi kebahagian
Tidak lagi menderita menanggung penyakitmu itu..

Ma..
Aku akan sentiasa bersamamu
Selagi Allah memberi aku kesempatan menjagamu
Andai aku pergi dulu sebelummu…
Ku doakan moga ada pengganti
Yang akan menjagamu…

Ma…aku amat menyayangimu..
Kaulah ibu syurga hatiku..
Inginku cium kakimu
Memohon kemaafan
Andai kata aku pernah
Membuat kau berkecil hati
Maafkanlah anakmu ini….mama…

♥Along'sh♥

 

SUNYI DAN SEPI…

Malam…
Hujan turun membasahi bumi…
Menyejukkan suasana kelam malam
Terasa terubat dengan kepanasan
sang mentari pada siang harinya..
bagai mahu membakar seisi dunia

Alhamdulillah..
Kerana pada malamnya
Allah bekalkan dengan limpahan air hujan
Menyirami pohon² yang kehausan
Menyejukkan hati yang tak berhaluan…

Malam…
Aku kesepian..
Aku kesunyian..
Hanya baki titisan hujan masih kedengaran
Menemani malamku
Ku titipkan kata² puisi
Mengisi kesepianku..
Ku luahkan bait² indah
Di setiap helaian warkah
Agar dapatku dendangkan sebuah puisi indah
Moga malamku terubat kesunyian…

Ya Allah…
Aku bersyukur pada-Mu
Kerana aku masih lagi sempat
Melalui malam yang indah ini..
Walaupun aku keseorangan.. tiada teman bicara
Tiada suara² insane menemani kesunyian malamku
Aku tetap bahagia…
Aku masih mampu tersenyum
Walaupun ku diulit kesepian dan kesunyian
Ku hargai setiap saat dan waktu
Yang telah Kau tetapkan untukku…

Adakah hari esok
Masih dapat ku rasai sunyi dan sepi … sebuah malam..?

♥Alongsh♥


PErJaLaNAN TiADa PeNGHuJuNg…. 

Aku melangkah kaki menyusuli
Jalan² yang berliku…
Penuh dengan duri berbisa…
Sehingga hatiku terluka
Terguris tanpa disedari…
Aku teruskan perjalanan ini
Walaupun semakin aku berjalan
Aku semakin jauh dari destinasi yg dituju…
Ku cuba kuatkan semangat…
Hari semakin kelam… malam mula menjelma
Aku masih sendiri mencari arah…
mencari arah tujuan
yang entah ke mana harus ku bawa diri

kaki semakin lemah…
badan semakin lesu…
aku tiada upaya meneruskan perjalanan
dah berapa kali aku jatuh tersungkur…
ku pujuk hati bangkit perlahan²….
Meneruskan perjalanan yg tiada penghujungnya ini…

Terlalu jauh perjalanan ini ku lalui…
Hati semakin rasa siksanya…
Tapi aku tidak lupa berdoa pada Illahi
Berikan aku kekuatan
Moga masih ada sisa² semangat juang
Untuk ku teruskan hingga ke noktah terakhir…
Aku percaya…
Ada sesuatu menantiku…
Aku terus bersabar… walaupun ku sendirian
Tanpa teman bicara…
Tanpa sahabat meluah kata…
Hanya pada Allah tempat aku mengadu
Moga ada benih kejayaan menantiku dihadapan
Insya-Allah……

Along’sh
“Cinta Itu Milik Allah”



IMBASAN DALAM PERSAHABATAN...

Setiap detik masa berlalu
ianya amat menyiksakan..
Setiap ketika dan waktu..
Aku merindui saat suka dan duka
dalam imbasan persahabatan..
begitu unik dikaca hatiku ...
amat sukar untuk diluah dengan kata²..
menusut sanubari kerinduan...
Kesabaran kita diuji...
persahabatan kita kekal bersatu..
kita masih menyemai serumpun kasih sayang..
walaupun pada satu hakikat..
kita terpisah kerana keadaan yang memaksa...
Tapi antara kita tidak pernah menyalahkan keadaan..
kerana sudah ketetapan-Nya begitu..
kita masih bersama menuai erti sebuah persahabatan ..
tiada siapa yang dapat memisahkan kita...
melainkan ajal maut penentu segaja..
Walau aper pun terjadi..
aku tetap menghargai persahabatan ini
yang terjalin tanpa dicemari..
Dan..aku kan terus..
mengabdikan sebuah memori persahabatan
yang begitu abstrak.. dan penuh simbolik....

-Along'sh-

BULAN, BINTANG

Ku dongak ke langit
Ku lihat awan berarak
Ku lihat langit yang malap
Ku tunduk membisu
Merintih nasib hidup

Ku dongak ke langit
Ku lihat bintang bersinar
Ku lihat bulan bercahaya
Aku hanya mampu memakukan diri
Menyedari kekurangan diri

Ku dongak ke langit
Ku lihat malam yang indah
Ku rasa damai dihati
Ku bertafakur kepada Ilahi
Menyedari betapa kerdilnya aku disisi-Nya
Aku disini menginsafi diri
Moga..
Aku sentiasa mengingati
Di mana aku berdiri……

♥Alongsh♥

10 comments: